“All Glory Comes From Daring To Begin”

Kuala Lumpur-20130115-00716

Saya selalu juga membaca blog blog kisah kembara berbasikal mengelilingi dunia yang kadang kadang memakan masa lebih dari setahun dan saya selalu berfikir mampukah saya meninggalkan kerjaya, isteri dan anak anak dalam tempoh yang begitu lama untuk mengejar minat berbasikal dan mengembara. Saya tabik kepada mereka mereka yang mampu melakukan pengorbananan sedemikian tinggi.

Sebenarnya sudah ramai juga rakyat Malaysia yang telah berjaya melengkapkan cabaran mengelilingi dunia dengan cara kembara berbasikal. Mungkin kisah mereka tidak diberikan publisiti yang meluas supaya dapat menjadi inspirasi kepada golongon muda hari ini.

Saya pasti ramai terutama yang masih muda belia yang tidak tahu atau telah terlupa siapakah Dato’ Hassan Nawawi Abdul Rahman?

Dato’ Hassan Nawawi dan adiknya  Ridhuan merupakan anak Malaysia yang terawal berjaya mendapat pengiktirafan mengelilingi dunia dengan basikal. Mereka berbasikal selama 389 hari sejauh 26,565 kilometer mengelilingi dunia pada 2002.

Berikut adalah maklumat kayuhan mereka:

Jarak

Negara

Tarikh

1 387 km

Thailand

4 Januari – 17 Januari 2001

150 km

Myanmar

18 Januari – 28 Januari 2001

786 km

Bangladesh

28 Januari – 3 Februari 2001

2 420 km

India

4 Februari – 3 Mac 2001

2 338 km

Pakistan

4 Mac – 4 April 2001

2 540 km

Iran

5 April – 2 Mei 2001

2 033 km

Turki

3 Mei – 1 Jun 2001

745 km

Greece

1 Jun – 9 Jun 2001

1 309 km

Itali

10 Jun – 30 Jun 2001

1 089 km

Perancis

30 Jun – 16 Julai 2001

166 km

England

17 Julai – 25 Julai 2001

5 059 km

Amerika Syarikat

26 Julai – 27 September 2001

693 km

Jepun

28 September – 6 Oktober 2001

488 km

Korea Selatan

7 Oktober – 21 Oktober 2001

2 483 km

China

22 Oktober – 6 Disember 2001

871 km

Vietnam

7 Disember – 27 Disember 2001

250 km

Laos

28 Disember – 31 Disember 2001

1 758 km

Thailand

1 Januari – 27 Januari 2002

26 565 km

18 negara

389 hari

Sumber : Wikipedia

Yang menarik, Dato’ Hassan Nawawi memulakan pengembaraan mengelilingi dunia beliau pada usia 46 tahun (usia saya sekarang) dan pada waktu itu sedang berada di puncak kerjayanya. Kesimpulannya, jika sesorang itu betul betul minat, usia dan alasan tidak ada masa untuk melakukannya bukanlah halangan sebenarnya. “Keberanian untuk bermula punca segala kejayaan” (All glory comes from daring to begin) merupakan mantra beliau yang begitu baik sekali, terima kasih Dato’ Hassan Nawawi.

Dato’ Hassan Nawawi pada masa ini adalah YDP Majlis Perbandaran Kajang dan saya di fahamkan beliau masih lagi aktif berbasikal pada usia 59 tahun dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan sumbangan tips tips untuk kembara basikal berjarak jauh.

Pengalaman kembara berbasikal beliau telahpun dibukukan dan boleh di dapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada pendapat saya buku beliau amat menarik dan memberikan satu inspirasi untuk yakin mencapai sesuatu tidak kira dalam bidang apa sekali pun.

  1. Cabaran berbasikal mengelilingi dunia : Wira Daratan : Rhythm Publishing, 2003.
  2. Cycling around the world challenge Land Hero :Rhythm Publishing, 2003.

 

Published by harisfhassan

Hi! I love bike touring and photography. Through the blog I hope to share with like-minded friends my travel stories and the pictures. I also like to read similar stories by others so let me know if you have similar stories in your blogs. Sharing is caring :-)

4 thoughts on ““All Glory Comes From Daring To Begin”

  1. saya sanggup jual dan tinggalkan segala yang ada untuk lakukan, tapi meninggalkan anak yang masih berusia 8 thn dan 6 thn adalah pengorbanan yang masih belum sanggup dibuat. when they reached their late teen I might do it but by then I hope I still have the energy to do it. maknanya another 10 yrs at least. By then I am 50 yo. harap2 masih mampu berkayuh jauh hahahaha

Leave a reply to Ija Zahri Cancel reply